
Sulit
3 tahun
Vaksin ketika demam dan batuk
Saya seorang ibu yang mempunyai anak yg berumur 12 tahun dan telah mendapat tarikh temujanji untuk vaksin. Masalah saya di sini adalah anak saya demam dan batuk sudah beberapa hari. Perlukan saya meneruskan untuk membawa anak saya untuk pemberian suntikan vaksin ataupun saya perlu menunggu untuk keadaan kesihatan anak saya pulih baru saya perlu meneruskan untuk suntikan.
Saya berharap sangat agar pihak doctor on call dapat menjawab pertanyaan saya.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika anak anda boleh menerima vaksin memandangkan anak anda mengalami gejala demam dan batuk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin perlu diambil apabila individu berada dalam tahap kesihatan yang baik untuk mengelakkan kesan sampingan yang serius daripada vaksin. Oleh itu, sebaiknya, anak anda menunggu sehingga sembuh untuk menerima vaksin. Kami menasihatkan anda untuk menghubungi talian JKJAV di 1800-888-828 untuk menagguhkan tarikh temujanji vaksin untuk anak anda. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini