
Sulit
3 tahun
Vaksin ketika first trimester
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Sy ingin bertanya, skrg sy sdg ttc dan appointment vaksin AZ sy pada ahad ini (4/7/2021), dan tarikh jangkaan next period sy (3/7/2021). Beberapa hari ini sy ada rasa beberapa simptom seperti keletihan, badan panas tetapi rasa seram sejuk, mual, cramp di perut & sakit di payudara (membesar). Tarikh mula period yg lepas start 7/6/2021. Period sy teratur setiap bulan. Hari ini sy ada buat upt test tetapi negative. Adakah ianya benar? Period sy sepatutnya lagi 2 hari. Sy risau jika sy suntik first dose tp sy tak tahu sy mengandung. Mohon nasihat dari pihak Dr. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda sedang cuba mengandung dan mempunyai beberapa simptom seperti keletihan, badan panas tetapi rasa seram sejuk, mual, kekejangan perut dan sakit pada payudara yang membesar. Anda ingin mengetahui jika vaksin AstraZenecca selamat diambil jika anda hamil.
Simptom-simptom yang anda sedang alami boleh disebabkan oleh kehamilan ataupun sindrom sebelum haid (Premenstrual Syndrome).
Biasanya, UPT (urine pregnancy test) akan menunjukan positif kira-kira 10 hari selepas haid terlepas anda sekiranya anda hamil.
Mengenai pengambilan vaksin AstraZenecca waktu mengandung, vaksin ini sesuai diberikan kepada ibu mengandung. Tidak ada sebarang kontraindikasi pemberian vaksin ini untuk wanita hamil. Namun begitu, buat masa ini, data yang sedia ada tidak mecukupi untuk membuat kesimpulan. Oleh itu, vaksin ini diberi berdasarkan penilaian risiko dan manfaat kepada setiap individu. Vaksin ini boleh diberikan dari minggu 14 sehingga minggu 33.
Sila merujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut, atau hubungi talian JKJAV di 1800-888-828 atau CPRC di 0388810200/+60178429454/ cprc@moh.gov.my untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor atas talian kami untuk maklumat lanjut.
Terima kasi, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini