
Sulit
3 tahun
Vaksin penggalak ftizer
Salam sejahtera Dokter.
Ibu saya berumur 54 thn dan telah menerima 2 dose vaksin sinovac. Semalam dia telah menerima vaksin penggalak iaitu vaksin ftizer. Dia mempunyai penyakit asma dan perlu mengambil ubatan asma setiap hari. Namun selepas menerima suntikan vaksin penggalak iaitu ptizer, dia mengalami sesak nafas yang teruk. Kebiasaannya, dia akan mengambil ubatan asma bila berlaku sesak nafas. Namun KKM menasihatkan agar mengambil ubat panadol sahaja. Soalan saya, bolehkah ibu saya mengambil ubatan asma tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gegala sesak nafas adalah pekara biasa yang mungkin dialami selepas menerma vaksin COVID-19. Anda juga boleh mengalami beberapa gegala yang lain seperti ;
- demam
- menggigil
- sakit kepala
- sakit badan
- sakit sendi/otot
- sakit dan bengkak pada tempat suntikan
Kembali kepada soalan anda, selalunya pesakit asthma yang menerima vaksin COVID-19 perlu berjumpa dengan doktor yang berada di tapak vaksinasi untuk membuat penilaian awal sebelum menerima suntikkan dan biasanya, akan digalakkan untuk meneruskan ubat-ubatan asthma selepas vaksin.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini