
Sulit
4 tahun
Vaksin pneumococcal utk bayi 12 bulan
Hi Doc, anak sy bakal masuk 1thn next months. Adakah anak sy masih boleh ambil vaksin pneumococcal? Thx.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang vaksin pneumococcal.
Untuk makluman anda, vaksin ini diberikan kepada kumpulan berikut:
Kanak-kanak berusia kurang dari 2 tahun perlu menerima 4 dos suntikan dan suntikan pertama pada usia dua bulan.
Berusia 2 hingga 64 tahun yang sedang menjalani rawatan bagi penyakit kronik seperti pengambilan steroid dan rawatan kemoterapi.
Berusia 2 hingga 64 tahun dan menghidap beberapa penyakit kronik tertentu seperti penyakit Hodgkin, Leukemia, jangkitan HIV, penyakit AIDS, dan sebagainya.
Sila berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil vaksin ini. Vaksin ini sepatutnya diambil bermula usia 2 bulan.
Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!