
Sulit
3 tahun
Vaksin selepas 10 hari kurantin sebb positif
Mkcik umur 60 th…baru lepas kurantin positif covid dari tarikh 1hb/8 10hb/8 hari tu…pusat vaksin asik call je…nk suruh amik vaksin tapi mkcik masih ada simptom lepas covid lagi mengah dan mudah penat…bukan ke doc ckp kena tunggu dulu…tlg explain mkcik xfaham la…mkcik ada bg tempuh pada pusat tu minggu depan sebb malas la dia asik call je suruh vaksin…macamna doktor…

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami turut bersimpati terhadap keadaan anda, dan berharap agar anda dapat sembuh secepatnya. Anda juga ingin mengetahui sekiranya anda perlu menerima dos kedua vaksin setelah disahkan positif COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.
Menurut pakar, individu yang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 lalu disahkan menjangkiti COVID-19, mereka perlu menangguhkan dahulu suntikan dos kedua sehingga benar-benar sembuh atau setelah mendapat arahan dari doktor. Berdasarkan informasi terkini, dos kedua tetap perlu diambil agar kekebalan tubuh dapat terbentuk dengan sempurna.
Oleh itu, anda perlu merujuk ke hospital atau menghubungi pihak JKJAV untuk mengetahui status dan pelan penerimaan vaksin dengan lebih terperinci.
Tambahan lagi, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini