
Sulit
3 tahun
Vaksin selepas positif Covid-19
Saya telah disahkan positif Covid-19 pada 9 JUN 2021 dan telah menjalani tempoh kuarantin hingga 19 JUN 2021 yang juga merupakan tarikh gelang pink saya dipotong. Saya telah mendapat temujanji vaksin Covid-19 pada 24 JUN 2021. Bolehkah saya teruskan temujanji tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, bekas pesakit COVID-19 boleh mengambil vaksin tersebut selepas 3 bulan atau 90 hari selepas dijangkiti virus tersebut. Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda, kami sarankan anda menghubungi pihak JKJAV untuk mengatur semula tarikh suntikan anda dan anda perlu menyatakan kepada mereka anda mempunyai sejarah jangkitan COVID-19.
Talian JKJAV:
Telefon: 1-800-88-8828
Emel: info@vaksincovid.gov.my
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini