
Sulit
3 tahun
Vaksin semasa demam
Saya umur 32, sekarang demam dan pening. Suhu paling tinggi hari ini 38.8 . Boleh ke saya cucuk vaksin . Tarikh vaksin esok .

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas soalan diajukan.
Anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh mengambil vaksin pada keesokan hari sekiranya anda mengalami demam dan pening. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Umumnya individu yang mengalami demam tidak dianjurkan untuk menerima suntikan vaksin dan perlu menangguhkan temu janji sehingga keadaan mereka kembali pulih atau berdasarkan arahan doktor selanjutnya.
Oleh itu kami sarankan anda menghubungi pusat pemberian vaksin anda atau pihak JKJAV untuk mengatur semula tarikh suntikan anda disamping menyatakan tentang kondisi anda saat ini.
Talian JKJAV:
Telefon: 1-800-888-828
Emel: info@vaksincovid.gov.my
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini