
shahrumi.salleh
5 tahun
Vaksin tambahan untuk bayi
Anak saya lahir pramatang (24 minggu berat 760g) sekarang umurnya 4 bulan. Dia sedang menerima vaksin palivizumab. Adakah perlu untuk saya berikan vaksin pneumococcal juga padanya? Apa perbezaannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pneumococcal vaksin ialah vaksin yang diberikan untuk memberi perlindungan kepada anak puan daripada bakteria yang sering menyebabkan jangkitan paru-paru,telinga dan jangkitan yang sering dihidapi kanak-kanak pada awal tumbesaran.
Palivizumab ialah sejenis ubat yang diberi kepada bayi pramatang bagi meningkatkan sistem imun badan memandangkan bayi tidak sempat menerima antibodi daripada ibu.
Vaksin pneumococcal tiada dalam jadual vaksin di Malaysia. Walaubagaimanapun, anda disarankan memberi vaksin pneumoccocal daripada klinik swasta berdekatan.
Hubungi kami untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!