
Sulit
3 tahun
Vaksin untuk Ibu Mengandung
Assalamualaikum Doktor,
Isteri saya mengandung anak pertama dan sekarang dalam minggu ke-12. Isteri saya masih belum menerima vaksin. Dari pembacaan saya, ibu mengandung dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin setelah kandungan berusia 13- 34 minggu.
Tetapi klinik kesihatan hubungi isteri saya dan sudah menetapkan temujanji untuk suntikan vaksin dalam minggu ini. Adakah kami perlu tunggu sehingga kandungan capai minggu ke-14 atau mengikut saranan klinik kesihatan? Apakah ada kesan sampingan jika menerina vaksin awal dari minggu ke-14?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, ibu mengandung harus diberi vaksin secepat mungkin kerana mereka adalah tergolong dalam katergori berisiko tinggi untuk jangkitan Coronavirus. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung yang tidak divaksinasi mempunyai risiko tinggi untuk jangkitan teruk dan kemasukkan hospital.
Garis panduan terkini daripada KKM menyarankan suntikan vaksin diberikan kepada ibu mengandung selepas 14 minggu kehamilan. Namun, vaksin boleh diberikan lebih awal selepas penilaian risiko oleh doktor isteri anda.
Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk mengikut temujanji yang telah ditetapkan oleh klinik kesihatan untuk isteri anda. Sebaiknya isteri anda mengambil vaksin dengan kadar segera untuk mengelakkan jangkitan teruk sekiranya dijangkiti virus ini. Anda dan isteri anda tidak perlu risau kerana vaksin Covid-19 yang terdapat adalah selamat diberikan kepada ibu mengandung. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini