Sulit
4 tahun
Vaksin untuk pesakit 3 serangkai
2 hari lagi ibu saya akan ambil vaksin. Beliau ada penyakit 3 serangkai. Jadi apakah precaution step yang beliau perlu lakukan sebelum ambil vaksin? Ada apa2 kaitan tak dengan ubat-ubatan yang beliau sedang ambil?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Secara amnya, tidak disarankan untuk berhenti atau tidak mengambil ubat untuk individu yang mempunyai penyakit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung sebelum, semasa ataupun selepas mengambil vaksin COVID-19. Namun begitu, disebabkan kekurangan maklumat tentang latar belakang kesihatan ibu anda, sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Saya sarankan anda untuk ke klinik atau menghubungi doktor ibu anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang hal ini. Anda juga boleh klik di link Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























