
Sulit
4 tahun
Vegina saya berasa ngilu
apabila saya buang air kecil vegina berasa ngilu untuk beberapa saat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kemaluan terasa ngilu ketika membuang air kencing. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Jangkitan kelamin
- Radang pelvis
- Radang vagina atau vulva
- Masalah diabetes juga boleh menyebabkan gejala kerap kencing, biasanya ia tidak disertai dengan gejala sakit dan pedih, namun pesakit diabetes juga lebih mudah mendapat jangkitan pada saluran kencing.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih