
1981syahril
3 tahun
Wajarkah ujian swab covid 19 selepas 10 hari contact dengan positif covid 19
saya ada bertugas di lapangan bersama +ve covid 19 pada10 hari lepas. perlu ke saya membuat ujian swab sedangkan saya sihat dah tiada sebarang gejala. sya buat ujian oximeter, okisgen badan sya 98 peratus. sya sudah lengkap ke dua dua dose vaksin pfizer.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian swab Covid biasanya disarankan untuk individu yang bergejala. Memandangkan anda tidak mempunyai sebarang gejala, anda biasanya hanya perlu kuarantin di rumah sekiranya anda adalah kontak rapat serta memantau tahap kesihatan anda untuk tempoh 14 hari.
Anda juga boleh melakukan ujian COVID-19 atas inisiatif sendiri. Sila rujuk kepada doktor segera jika anda bergejala.
Walaupun anda telah melengkapkan vaksinasi 2 dos, anda masih boleh dijangkiti Koronavirus, tetapi jangkitan tersebut tidak akan membawa kesan yang serius.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini