
Anonymous
5 tahun
Waktu makan ubat migrain selepas makan durian
saya nak tanya. disebabkan sekarang musim durian. dan saya mengalami migrain. boleh saya tahu berapa lamakah waktu yang boleh ambil ubat migrain (caffox dan arcoxia) selepas makan durian.? ada yang berpendapat tak boleh makan ubat selepas makan durian. saya kurang jelas tentang ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya, belum ada kajian yang menunjukkan terdapatnya interaksi diantara durian dengan ubat-ubatan tersebut. Seandainya anda masih ragu, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan memulai pengubatan setelah perut anda memproses makanan secara total yaitu sekitar 5-6 jam setelah makan.
Untuk mendapat penerangan lanjut masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.