
Anonymous
5 tahun
Wanita kencing malam
saya gadis yg brumur 20 tahun … saya ad masalah kencing malam daripada sekolah menengah lagi … pasti sy akn trkncing malam sebulan sekali … saya malu … nk bgitau keluarga pun malu … doc pun malu … kadang2 kalau kawan tnya knapa sidai tilam masa kt asrama … sy akn ckp sy bocor haid atau air tertumpah … sy harap doc dpt beritahu punca dan penyelesaian …
sy malu nk tdo rumah rakan yg lain atau sepupu yg lain … takut terkencing malam … lgi2 kalau raya … rmai org …

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Enuresis atau penyakit kencing malam merupakan suatu penyakit tingkah laku yang berlaku kepada [kanak] kanak hingga golongan remaja akil baligh dan golongan [warga] emas yang sudah lanjut umurnya.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini , antaranya ialah:
Kegagalan mengawal pundi kencing dan pengaliran air kencing. Kebayakannya berlaku pada warga emas, kerana system kawalan pengaliran air kencing mereka sudah semakin lemah.
Pening dan keresahan. Misalnya takut ke bilik air untuk membuang air kecil.
Emosi.
Kegagalan dalam mempraktikkan kawalan dan latihan air kencing yag mapan dan betul.
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.