Sulit
5 tahun
Warna kehitaman keluar melalui vagina dan berbau
Saya wanita berusia 34tahun, mempunyai 4cahaya mata. Disini saya ingin mengajukan soalan berkaitan vagina. Last period saya 25hb3, tetapi pada 2hb 4, ada keluar sedikit staining, tetapi pada hr 2 dan seterusnya hingga hr ini 12/4, masih keluar darah dan berbau tetapi berwarna hitam pekat dan terdapat ketulan bendalir. Saya telah melakukan ultrasound tetapi tidak nampak apa-apa yang abnormal. Disini saya masih belum tahu kenapa. Untuk pengetahuan Dr juga, anak saya berusia 1y,4m, dan period ini kali ke3 say datang selepas bersalin. Bolehkan doktor member sedikit pencerahan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























