
Sulit
5 tahun
Warna keruh selepas period
Sy wanita 28tahun dan sdh berkahwin selama 2years ++ but not getting pregnancy yet…actually my menstrual cycle every month regular n for this month i noticed ad warna keruh selepas day8 of menses…basically my period length 7-8days…adakah ad kemungkinan utk sy pregnant or ad mslh x?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Walaubagaimanapun, kami memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai warna keruh yang dihadapi oleh puan.
Warna keruh selepas hari ke 8 boleh menjadi sesuatu yang normal atau sebaliknya.
Sekiranya puan mengalami pendarahan seperti haid, hal ini berkemungkinan menjadi penanda bahawa puan tidak mengandung.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.