
Sulit
4 tahun
Was2 dengan keputusan upt
hi doctor. saya ingin bertanya. last period saya ialah 8/4-11/4. saya telah melakukan upt pada 27/5 dan resultnya negatif. tetapi pada 22/6 saya telah melakukan upt sekali lagi dan resultnya adalah positif terangg. adakah berkemungkinan saya boleh mengadnung sedangkan sebelum ini result saya negative? saya mengalami haid tidsk teratur dan mengalami kesukaran mengetahui waktu subur.oh ya. saya tidak mengalami tanda2 hamil seperti kehamilan saya yang pertama. dan jika saya mengandung, umur baby dikira dari awal period atau mengikut scan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, keputusan UPT pada awal kehamilan boleh menjadi negatif kerana hormon kehamilan masih terlalu rendah untuk dikesan oleh ujian air kencing tersebut. Oleh itu, ujian yang anda ambil sekarang lebih tepat. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk ‘booking’ dan mendapatkan buku merah jambu. Anda juga akan diperiksa dan supplemen rutin akan dibekalkan kepada anda untuk menjamin kehamilan yang sihat. Berdasarkan kenyataan anda bahawa haid anda tidak teratur, anda mungkin akan diberi anggaran tarikh melahirkan anak berdasarkan imbasan ultrasound.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.