
Sulit
5 tahun
Zakar gagal mengekalkan ketegangan semasa hubungan seks
Saya lelaki 46 tahun. Sudah 4 bulan saya mengalami masalah dalam hubungan seks. Masalahnya, zakar saya gagal mengekalkan ketegangan semasa seks. Sebelum ini, saya sudah berjumpa dengan doktor dan diberi ubat Cialis. Ketika saya mengambil ubat ini, masalah ini mulai pulih. Tetapi apabila saya berhenti memakan ubat ini, masalah saya kembali lagi. Menurut ujian darah yang saya buat, tekanan darah, paras gula dan kolestrol saya agak tinggi. Hormon lelaki juga agak rendah. Saya telah dinasihatkan untuk rajin bersenam. Sekarang ini, saya sedang makan ubat kolestrol. Sementara saya meneruskan senaman setiap hari, saya bercadang untuk mengambil semula ubat Cialis. Apakah pandangan doktor tentang masalah saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Memandangkan anda pernah mengambil ubat dan ia berkesan, kami menyarankan anda untuk mengambil semula ubat tersebut. Walaubagaimanapun, anda sedang menambil ubat kolestrol dan kami memerlukan maklumat lanjut untuk mengetahui samada ubat tersebut boleh mengganggu fungsi ubat masalah ketegangan zakar yang anda alami.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.