mohdshazuan198
6 tahun
Zakar keluar cecair putih
Hello doctor … Saya Ada masalah zakar iaitu kerap keluar cecair putih pekat Dan kesat bila dipegangnya bila lepas kencing … kekadang tu keluar ketulan2 putih selepas kencing . Boleh saya tahu masalah saya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar mengeluarkan cecairr putih bersama ketulan semasa kencing boleh disebabkan:
- Batu karang
- Jangkitan kelamin seperti gonorea - jika ada melakukan seks bebas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































