
Sulit
5 tahun
Zakar kurang tegang cara untuk atasiNya?
Sy mengalami masalah zakar kurang tegang bila bersama pasangan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Kurangkan berat badan
c) Elakkan merokok
Untuk kaedah ubatan anda perlulah membuat konsultasi dari doktor kerana maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan ubatan mana yang sesuai untuk anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.