
Sulit
4 tahun
Zakar lembik dan tidak tegang
Hai. Saya ingin tanya soalan. Kawan lelaki saya zakarnya jadi lembik dan tidak tegang selepas dia urut menggunakan minyak belacak. Mohon bantu cara untuk menyelesaikannya. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jika anda seorang muslim, diingatkan bahawa perbuatan anda adalah salah di sisi agama dan sangat berpotensi tinggi untuk terjadinya keterlanjuran diluar nikah. Saya berharap agar anda agar tidak mengulanginya dan cuba mencari jalan bagi menjauhi tabiat tersebut di masa akan datang.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Bagi merungkai sedikit masalah yang dialami tuan, umum harus mengetahui bahawa seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.