
Sulit
4 tahun
Zakar pada awal hubungan seks menegang.. Tetapi semasa hubungan seks zakar tetiba kurang menegang dan tak sempat nak pancut
Sy berumur 32. Semasa saya melakukan hubungan seks dengan isteri. Zakar saya tiba2 kurang menegang semasa sedang melakukan seks. Dan saya tidak sempat pancut kerana zakar kurang menegang dengan sendiri semasa hubungan seks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Psikologikal:
- Stres atau tekanan emosi
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Merokok
- Alkohol
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh lakukan beberapa perkara:
- Berhenti merokok dan mengambil minuman beralkohol sekiranya ada
- Tenangkan dan kosongkan fikiran semasa melakukan aktiviti seks bersama pasangan anda
- Mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat
- Berbincang dengan pasangan anda mengenai masalah anda
- Berjumpa dengan doktor untuk membantu menyelesaikan masalah anda
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ingin kami tekankan bahawa jangan mudah tertipu dengan produk yang menyatakan dapat merawat dan memulihkan masalah lelaki yang di jual di kedai-kedai dan di internet kerana kami tidak tahu kandungan, keberkesanannya dan juga kesan sampingan produk tersebut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.