
Sulit
4 tahun
Zakar sukar untuk menegang ketika berdiri dan sukar untuk mengekalkannya terutamanya ketika berdiri tetapi masih mengalami morning wood tiap kali bngun tido
Saya lelaki berumur 20 an, saya mengalami masalah iaitu zakar saya sukar untuk keras terutamanya ketika berdiri,saya juga beronani tetapi seminggu sekali, dn saya juga masih mengalami morning wood, apakah masalah saya dan kaedah yang baik untuk saya mengatasi masalah ini dan mengembalikn keyakinan saya seperti dahulu dan apakah ubat yg terbaik untuk saya? X gene royale selamat digunkan? Boleh doktor berikan penjelasan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk kaedah ubatan anda perlulah membuat konsultasi dari doktor kerana maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan ubatan mana yang sesuai untuk anda. Untuk produk yang anda nyatakan saya kurang pasti dengan keberkesanannya dalam merawat masalah anda. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah