
Sulit
5 tahun
Zakar terasa sakit ketika kencing
Saya berumur 25tahun dan sekarang bekerja di sektor swasta. Dalam tempoh 2-3 minggu ni kemaluan saya terasa sakit2 di bahagian dalam kepala zakar. Rasa sakit ni boleh dirasa jugak bila dipicit bahagian kepala zakar. dalam keadaan biasa juga rasa sakit n pedih2 ada terasa di bahagian tersebut. apakah masalah yang saya alami sekarang ini dan adakah ia serius ??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumba
- Alahan pada sabun
- Jangkitan penyakit kelamin sekiranya pernah bersetubuh
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan seperti ujian air kencing adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.