
Sulit
5 tahun
Zakar tidak cukup menegang
AsSalam/Hi Doc,
I realized a couple of months back that my zakar tidak dapat menegang sempurna(90 darjah) and nafsu untuk hubungan seks saya menurun. FYI, saya currently on diabetic medication. Previously, I was on Diamicron. Recently(few months back), I was advised to replace it with Metformin and Glyxambi…and since that, saya rasakan zakar dan nafsu seks saya tidak berfungsi betul…is the new medicine boleh menjadi puncanya…? appreciate ur advice…terimakasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
a) Amalkan gaya hidup sihat
b) Kurangkan berat badan
c) Elakkan merokok
Untuk kaedah ubatan anda perlulah membuat konsultasi dari doktor kerana maklumat lanjut diperlukan untuk membuat kesimpulan ubatan mana yang sesuai untuk anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.