Sulit
3 tahun
Zakar tidak mengeras awl pgi & waktu biasa
Saya nk tanya… Mgu lepas saya mandi air panas… ketika saya mandi zakar dlam keadaan mengeras… dlm brp lama saya mandi. Zakar saya jadi pedih, skarang zakar saya x keras lagi wlaupun awal pagi atau pada waktu biasa
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda boleh berpunca daripada:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Obesiti
- Kolesterol tinggi
- Darah tinggi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah