Sulit
4 tahun
Zmox 250 MG Capsule untuk gusi
Doc, saya mengambil Zmox 250 MG Capsule untuk mslh gusi bengkak n berdarah… gusi mengecut tp kesan sampingan saya rasa pening n muntah2 xsedap badan.saya ambil antibiotik.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan sampingan ubat
- Dehidrasi
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Kesan jangkitan kuman
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.