Bolehkah doktor menjelaskan penyebab dan cara rawatan sakit tumit kaki kiri perempuan (Left Heel Pain)?

Anonymous

Selamat pagi doktor. Saya Puan A berusia 56 tahun, seorang tukang jahit yang bekerja di rumah selama lebih dari 20 tahun. Semenjak tiga minggu yang lepas saya kerap mengalami sakit kaki di bahagian tumit sebelah kiri, lebih-lebih lagi ketika bangun tidur dan sewaktu mula berjalan. Setiap pagi tumit saya akan terasa sakit yang tajam dan mencucuk, kadang-kala turut berdenyut sehingga menyusahkan saya untuk memulakan aktiviti harian. Saya risau kerana saya juga pernah mengalami kemalangan motosikal sebulan yang lepas dan mendapat luka kecil di bahagian belakang tumit kiri. Saya mencari di internet tentang sakit tumit kaki kiri perempuan dan menemui penyakit yang dipanggil ‘plantar fasciitis’. Adakah ini apa yang saya alami?

Anonymous
Selamat pagi doktor. Saya Puan A berusia 56 tahun, seorang tukang jahit yang bekerja di rumah selama lebih dari 20 ta... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan cerita yang disampaikan, saya bersetuju bahawa gejala sakit tumit kaki kiri perempuan (Left Heel Pain Women) yang dialami ini adalah sepadan dengan penyakit yang anda temui melalui carian internet, iaitu Plantar Fasciitis. Walaupun begitu, perlu difahami bahawa penyakit ini boleh melibatkan mana-mana tumit sama ada kiri dan kanan atau kedua-duanya sekali pada masa yang sama. Mereka yang berisiko untuk mendapat penyakit ini biasanya kerap melakukan aktiviti yang memerlukan mereka berdiri atau melangkah. Diagnosis selalunya diberi secara klinikal. Ujian imbasan sinar-X boleh dijalankan sekiranya penyakit lain disyaki. Rawatan melibatkan fisioterapi serta ubat anti-keradangan.

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan cerita yang disampaikan, saya bersetuju bahawa gejala <strong>sakit tumit kak... See More

Apakah Itu Plantar Fasciitis?

  • ‘Plantar fasciitis’ merupakan penyakit pada tumit yang terjadi akibat kecederaan pada salah satu kumpulan tisu di telapak kaki. Kumpulan tisu ini dinamakan sebagai fascia plantar dan merupakan struktur yang tebal. Ia bermula daripada tulang tumit (calcaneal bone) dan mengunjur sehingga ke tulang jari kaki. Struktur ini boleh merenggang untuk membantu kaki berpijak dengan baik semasa berjalan.
  • Walaupun sakit yang dialami dalam penyakit ‘plantar fasciitis’ boleh terjadi di kawasan lain di sekitar tapak kaki selain daripada tumit, tetapi tumit merupakan kawasan utama yang paling kerap terjejas kerana ianya adalah penampung terbesar bagi berat badan manusia dan mudah tercedera sekiranya mengalami bebanan yang berlebihan seperti dalam individu obes.

Apakah Penyebab Plantar Fasciitis?

  • Punca kepada ‘plantar fasciitis’ ialah kecederaan ringan (microinjury) yang berlaku secara berulangan di kumpulan tisu fascia plantar. Kecederaan ini terjadi akibat tekanan yang berlebihan pada tisu tersebut. Lama-kelamaan, kecederaan ini menyebabkan kemerosotan fungsi dan bentuk asal tisu sehingga menghasilkan simptom ‘plantar fasciitis’.
  • Proses yang berlaku ini mengambil masa yang lama, dan dikenali sebagai proses degeneratif (degenerative process).
  • Selain itu, satu kondisi lagi yang boleh dikaitkan dengan ‘plantar fasciitis’ ialah ‘calcaneal spur’, iaitu benjolan tulang yang abnormal di tulang tumit. Benjolan ini berlaku akibat daripada pengumpulan kalsium yang terjadi sewaktu berlakunya pergeseran antara tisu fascia plantar dengan tulang tumit. Benjolan ini juga turut menyumbang kepada gejala sakit.

Apakah Risiko Untuk Mendapat ‘Plantar Fasciitis’?

Penyakit ini tidak bergantung kepada usia dan boleh dialami oleh golongan tua atau muda. Wanita pula berisiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit ini berbanding dengan lelaki. Risiko adalah lebih tinggi kepada mereka yang mempunyai struktur kaki abnormal serta mereka yang banyak berdiri atau berlangkah dalam aktiviti seharian. Contoh risiko adalah seperti berikut:

  • Lengkungan tapak kaki rata (Flat foot)
  • Lengkungan tapak kaki tinggi (High-arched foot)
  • Ahli sukan lasak sering melompat dan berlari (pemain tenis, bola keranjang)
  • Individu yang banyak menggunakan kaki sepanjang hari
  • Individu yang kembali aktif setelah tempoh rehat yang lama
  • Sering Berlari di atas permukaan yang keras seperti jalan raya
  • Penggunaan alas kaki yang bertapak keras
  • Alas kaki kurang memberi sokongan pada lengkungan tapak kaki
  • Berat badan berlebihan
  • Kehamilan

Apakah Gejala Plantar Fasciitis?

Sakit tumit dalam ‘plantar fasciitis’ mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri ini boleh membantu para doktor untuk mengesahkan diagnosis. Antara ciri termasuklah:

  • Sakit tumit paling teruk sekiranya kaki tidak aktif bagi jangka masa yang lama, contohnya selepas tidur atau duduk.
  • Sakit tumit paling teruk pada penghujung hari bagi mereka yang menggunakan kaki sepanjang hari.
  • Berjalan tanpa alas kaki, bertinjit atau menaiki tangga akan meningkatkan rasa sakit.
  • Menaikkan kaki ketika duduk boleh mengurangkan rasa sakit.

Apakah Maklumat Lain Yang Perlu Bagi Menyokong Diagnosis ‘Plantar Fasciitis’?

Selain daripada gejala yang disenaraikan di atas, beberapa maklumat lain juga perlu diketahui oleh para doktor. Hal ini adalah supaya punca penyakit boleh dikenal pasti. Antaranya ialah:

  1. Pekerjaan
  2. Aktiviti harian
  3. Jenis alas kaki yang digunakan
  4. Kekerapan menukar alas kaki
  5. Trauma pada kaki

Selain itu, doktor juga akan melaksanakan ujian fizikal pada kaki pesakit bagi mengesan sebarang perubahan struktur atau penyakit lain yang boleh datang dengan gejala yang sama.

Apakah Penyakit Lain Yang Menyerupai ‘Plantar Fasciitis’?

Penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit di bahagian tumit termasuklah:

  • Keradangan tendon Achilles (Achilles tendonitis)
  • Retak pada salah satu tulang metatarsal
  • Sindrom Terowong Tarsal (Tarsal Tunnel Syndrome)
  • Putus tendon Achilles
  • Osteomeilitis (Jangkitan Tulang)
  • Subcalcaneal bursitis
  • Osteoarthritis
  • Rheumatoid arthritis

Apakah Ujian Yang Dilaksanakan Untuk Mengesahkan Penyakit ‘Plantar Fasciitis’?

Diagnosis bagi penyakit ini biasanya disahkan secara klinikal, iaitu daripada pertanyaan dan pemeriksaan medikal. Biasanya, ujian darah atau pengimbasan tidak diperlukan. Sekiranya doktor mengesyaki terdapat penyakit lain yang datang seiring dengan ‘plantar fasciitis’ seperti ‘calcaneal spur’, imbasan sinar-X kaki boleh dibuat di mana benjolan tulang kecil dapat dikesan dengan imej X-Ray.

Selain itu, doktor juga boleh mengesahkan diagnosis ini melalui ultrasound. Tapak kaki akan diimbas menggunakan mesin ultrasound dan akan mempamerkan imej tisu fascia plantar yang semakin bertambah ketebalan dalam pesakit Plantar Fasciitis.

Apakah Rawatan Untuk Plantar Fasciitis?

‘Plantar fasciitis’ boleh sembuh dengan sendiri namun proses ini mengambil masa yang lama. Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Kaedah ini terbahagi kepada:

  1. Kaedah tanpa ubatan
  2. Kaedah menggunakan ubatan
  3. Kaedah pembedahan

Kaedah Rawatan Tanpa Ubatan

  • Merehatkan kaki dengan mengurangkan aktiviti yang melibatkan penggunaan kaki yang berlebihan.
  • Menukar alas kaki dan memakai pad kasut
  • Penggunaan pek ais di bahagian tumit
  • Melakukan senaman regangan secara berkala

Senaman regangan membantu dalam sesetengah kes bagi mengurangkan kekejangan yang berlaku pada tisu plantar fascia. Senaman ini akan diajar oleh ahli fisioterapi. Nasihat tentang cara yang betul serta kekerapan senaman perlulah dipatuhi dengan baik bagi mendapatkan manfaat yang memberansangkan.

Kaedah Menggunakan Ubatan

Cara ini hanya mampu mengawal dan mengurangkan kesakitan tumit yang dialami. Tanpa kaedah yang disebut di atas, simptom sakit tumit boleh kembali semula. Ubat yang diberikan ialah:

  1. Ubat tahan sakit (paracetamol, NSAIDS)
  2. Ubat suntikan steroid

Kaedah Pembedahan

Prosedur ini jarang dilakukan melainkan dalam kes yang lebih teruk seperti “calcaneal spur”. Sebahagian tisu fascia plantar akan dipisahkan daripada tulang tumit. ‘Calcaneal spur’ jika ditemui juga akan turut dibuang.