Kencing Manis

Punca Penyakit Diabetes Jenis 1

Baca Soalan

Demografik Penyakit Diabetes Jenis 1

  • Kencing manis jenis 1 merupakan sebuah penyakit kronik yang berlaku kepada kanak-kanak. Ia juga digelar ‘Juvenile Diabetes’. Terdapat dua tempoh waktu yang penyakit ini biasa bermula, iaitu di dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun dan pada umur 10 hingga 14 tahun.
  • 45 peratus daripada kalangan kanak-kanak yang mengalami penyakit ini menunjukkan tanda-tanda masalah ini sebelum menginjak usia 10 tahun.
  • Mengikut data demografik, terdapat peningkatan kes diabetes jenis 1 yang berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

Patofisiologi Penyakit Diabetes Jenis 1

  • Penyakit Diabetes Mellitus Jenis 1 merupakan sebuah penyakit ‘autoimmmune’. Dalam tubuh badan seseorang yang menghidap penyakit autoimun, sistem pertahanan badan menyerang sel-sel badan sendiri.  
  • Sel-sel yang diserang ini akan musnah dan ia akan menunjukkan manifestasi di dalam bentuk penyakit-penyakit seperti:
    • systemic lupus erythematosus
    • rheumatoid arthritis
    • psoriasis
    • Sjogren syndrome
    • Hashimoto’s thyroditis
  • Dalam kes kencing manis jenis 1, punca diabetes adalah disebabkan oleh sel-sel pakreas diserang sel-sel imunisasi. Insulin merupakan hormon yang bertanggungjawab dalam penyerapan gula yang berada dalam darah ke dalam sel-sel di dalam tubuh.
  • Gula yang diserap akan digunakan oleh sel untuk membekalkan tenaga di dalam proses metabolisma normal tubuh.
  • Namun apabila gula tidak dapat digunakan, sel-sel di dalam tubuh akan menggunakan alternatif lain yang dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan.

Faktor-Faktor Risiko Kencing Manis Jenis 1

  • Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan punca kencing manis jenis 1 berlaku. Ianya dapat dibahagikan kepada faktor genetik dan faktor keadaaan sekitar.
  • Faktor genetik:
  • Risiko meningkat apabila seseorang individu tersebut mempunyai ahli keluarga yang mengalami jenis penyakit yang sama.  
  • Kadar risiko:
    • Tiada seorang pun ahli keluarga mempunyai penyakit Diabetes Mellitus Jenis 1 - 0.4%

    • Anak kepada ibu yang mempunyai penyakit - 1 hingga 4%

    • Anak kepada bapa yang mempunyai penyakit - 3 hingga 8%

    • Apabila kedua-dua ibu bapa mempunyai penyakit yang sama - 30%

    • Adik beradik tidak kembar berpenyakit - 3 hingga 6%

    • Kembar tidak seiras - 8%

    • Kembar seiras - 30% dalam masa 10 tahun selepas didiagnosis

  • Faktor-faktor lain:
    • Jangkitan virus; seperti enterovirus

    • Cara pemakanan

    • Taraf sosioekonomi yang tinggi

    • Obesiti

    • Kekurangan vitamin C

    • Faktor-faktor perinatal seperti usia ibu ketika mengandung, pre-eclampsia ketika mengandung dan demam kuning semasa bayi

    • Bayi yang berat ketika lahir mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada bayi yang mempunyai berat yang ringan.

Proses Autoimun Di Dalam Kencing Manis Jenis 1

  • Kencing manis jenis 1 terbahagi kepada dua subtaip. Diabetes Mellitus jenis 1A dan Diabetes Mellitus jenis 1B.
  • Penyakit Diabetes Mellitus jenis 1A merupakan kencing manis yang berlaku disebabkan oleh proses autoimunisasi yang memusnahkan sel-sel pankreas.
  • Proses autoimun ini berlaku dalam jangka masa berbulan malahan boleh mencapai bertahun-tahun. Hanya apabila keseluruhan sel-sel yang menghasilkan insulin di dalam pankreas telah musnah, maka simptom-simptom diabetes jenis 1 akan muncul. Selalunya pada usia 4 hingga 6 tahun dan 10 hingga 14 tahun.
  • ‘Genetic marker’ digunakan untuk mengenalpasti jika seseorang itu mempunyai jenis-jenis gene tertentu. Bagi gene penyakit Diabetes Mellitus jenis 1, genetik marker yang spesifik dapat dikesan sejak lahir.
  • ‘Immune Marker’ boleh dikesan sejak proses autoimmune berlaku dan ‘metabolic marker’ pula boleh dikesan oleh ujian yang sensitif sejak kerosakan β-cell mula berlaku.
  • Diabetes Mellitus jenis 1B pula digunakan apabila punca proses kemusnahan β-cell tersebut bukan berpunca daripada proses autoimmun.
  • Walaupun simptom yang ditunjukkan oleh diabetes mellitus jenis 2 hampir sama dengan diabetes mellitus jenis 1 iaitu kadar perlepasan insulin yang rendah, namun punca penyakit diabetes kedua-duanya melalui proses yang berbeza.
  • Kebiasaannya penyakit kencing manis jenis 1 ini berlaku kepada kanak-kanak. Hal ini kerana ianya dikesan di dalam tempoh masa tersebut.
  • Manakala bagi penyakit kencing manis jenis 2 pula biasanya dikesan dalam kalangan orang dewasa. Namun, sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes-kes diabetes mellitus jenis 2 yang turut berlaku di dalam kalangan remaja disebabkan oleh faktor-faktor pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat.
  • Oleh itu, diagnosis yang betul amat penting untuk menentukan sekiranya seseorang tersebut mempunyai penyakit diabetes jenis 1 ataupun penyakit diabetes jenis 2 kerana rawatannya berbeza.
  • Penyakit kencing manis jenis 1 dikenali sebagai ‘insulin-dependent diabetes mellitus’. Iaitu pesakit akan bergantung kepada bekalan insulin yang diberikan daripada luar sepanjang hidupnya dan ubat merendahkan gula di dalam darah yang dikenali sebagai ‘oral hypoglycemic drug’ tidak berfungsi jika diberikan.
  • Namun, hal ini berbeza dengan pengurusan penyakit diabetes mellitus jenis 2 iaitu penyakit ini diuruskan dengan amalan gaya hidup sihat, ubat ‘oral hypoglycemic’ dan insulin akan diberikan jika perlu.

Written by: Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?