Kencing Manis

Gejala Penyakit Diabetes Jenis 1

Baca Soalan

Gejala Awal Kencing Manis Jenis 1

  • Gejala-gejala kencing manis jenis 1 berlaku hampir serupa dengan gejala-gejala yang berlaku kepada pesakit kencing manis jenis 2. Cuma diabetes mellitus jenis 1 ini selalunya berlaku kepada kanak-kanak.
  • Hal ini kerana penyakit ini menghasilkan insulin dengan kadar yang terlalu sedikit ataupun hampir tiada sejak lahir.
  • Mengikut dapatan kajian yang dilakukan di antara tahun 2006 hingga 2008, di dalam kalangan 408 pesakit yang dilaporkan menghidapi diabetes mellitus, sebanyak 71.8% didapati menghidapi diabetes mellitus jenis 1.
  • Purata umur penghidap penyakit ini adalah 7 tahun. Sebanyak 58.3% pesakit ketika didiagnosis mempunyai gejala-gejala diabetik ketoasidosis.
  • Ketoasidosis merupakan suatu keadaan di mana kadar kandungan ketone yang terlalu tinggi di dalam badan disebabkan oleh penguraian ‘fatty acid’ dan ‘amino acid’ oleh tubuh untuk mendapatkan tenaga.
  • Kadar gula yang tinggi di dalam badan tidak dapat diserap oleh sel-sel di dalam tubuh disebabkan oleh ketiadaan insulin.
  • Oleh sebab itu, keadaan ini kebiasaannya hanya berlaku kepada pesakit-pesakit diabetes mellitus jenis 1 dan jarang berlaku kepada pesakit diabetes mellitus jenis 2 kerana di dalam diabetes mellitus jenis 2, insulin masih terdapat di dalam tubuh.
  • Diabetik ketoasidosis merupakan sebuah kondisi yang boleh membawa maut dan memerlukan rawatan segera apabila ianya berlaku.  
  • Tanda-tanda ketoasisdosis termasuklah:
    • Berasa terlalu haus
    • Kerap membuang air kecil
    • Berasa haus
    • Muntah
    • Mual-mual
    • Sakit perut
    • Kepenatan
    • Nafas yang berbau
    • Sesak nafas
    • Kekeliruan
  • Ia merupakan tanda-tanda awal yang biasanya kelihatan pada pesakit kencing manis jenis 1 dan kerap dilihat sebagai gejala diabetes pada anak muda.  
  • Selain dari ketoasidosis, tanda-tanda awal lain bagi mengesan kencing manis jenis 1 adalah:
    • Poliuria - Peningkatan kekerapan membuang air kecil
    • Polidipsia - Sentiasa berasa haus
    • Mulut yang kering
    • Polifagia - Sentiasa berasa lapar
    • Kepenatan
    • Penurunan berat badan

Gejala-gejala Lewat Kencing Manis Jenis 1

  • Terdapat beberapa gejala-gejala lewat yang boleh dialami oleh pesakit kencing manis jenis 1. Gejala-gejala yang berlaku adalah berpunca daripada kadar kandungan gula yang tinggi di dalam darah.
  • Oleh sebab itu, kadar gula yang terkawal dalam tubuh memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan dari kesan-kesan buruk ini berlaku.  
  • Antara gejala-gejalanya adalah:
    • Masalah jantung dan salur darah
    • Kerosakan urat saraf
      • Gula yang berlebihan di dalam darah juga akan menyebabkan kerosakan berlaku di dalam salur darah yang membekalkan nutrien kepada urat saraf. Kerosakan ini akan memberikan rasa semut-semut, rasa sakit bahkan berasa kebas pada bahagian yang terlibat.
      • Jika ia melibatkan urat saraf saluran penghadaman, ianya akan memberikan simptom mual-mual, muntah-muntah, cirit birit dan sembelit. Masalah mati pucuk pula boleh berlaku kepada lelaki.
      • Gula yang berlebihan di dalam darah juga akan menyebabkan kerosakan berlaku di dalam salur darah yang membekalkan nutrien kepada urat saraf.
      • Kerosakan ini akan memberikan rasa semut-semut, rasa sakit bahkan berasa kebas pada bahagian yang terlibat.
      • Jika ia melibatkan urat saraf saluran penghadaman, ianya akan memberikan simptom mual-mual, muntah-muntah, cirit birit dan sembelit.Masalah mati pucuk pula boleh berlaku kepada lelaki
    • Masalah buah pinggang
    • Kerosakan mata dan gangguan penglihatan
    • Masalah kaki
      • Masalah yang berlaku pada kaki adalah disebabkan oleh trauma yang berterusan berlaku pada kaki apabila kaki kehilangan deria rasa oleh kerosakan urat saraf.
      • Penyembuhan semulajadi oleh tubuh badan bertindak lebih lambat daripada normal di kalangan pesakit kencing manis. Hal ini akan memberikan peluang kepada bakteria untuk mejangkiti bahagian yang lambat sembuh.
    • Penyakit kulit dan mulut
      • Kadar kandungan gula yang tinggi di dalam tubuh akan memudahkan kulat dan bakteria untuk membiak dan mengakibatkan jangkitan.
    • Komplikasi ketika mengandung
  • Gejala-gejala yang berlaku di atas ini merupakan tanda-tanda kencing manis kronik yang boleh berlaku terutamanya apabila diabetes tidak dikawal dengan baik.
  • Gejala kencing manis yang dialami oleh pesakit amat bergantung pada bagaimana penyakit tersebut dirawat dan dipantau.



Written by: Dr M Ramzdhan

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy