Buah pinggang biasanya cuma mengetahui fungsi utama buah pinggang, iaitu menapis semua bahan kumuhan dan air berlebihan dalam badan kita. Bahan kumuhan dan lebihan air ini disingkirkan dalam air kencing. Penghasilan air kencing melibatkan proses penyingkiran dan penyerapan yang sangat rumit. Proses ini sangat penting untuk mengekalkan tahap normal bahan kimia dalam badan.
Buah pinggang juga memainkan peranan lain yang penting seperti:
- Mengawal kadar garam, potasium dan kandungan asid dalam badan kita.
- Menghasilkan hormon yang mengawal fungsi organ atau sistem badan lain. Sebagai contoh, hormon yang mengawal penghasilan sel darah merah, tekanan darah dan metabolisme kalsium.
- Menyingkirkan sisa metabolisme dadah atau ubat
- Menghasilkan Vitamin D dalam bentuk aktif yang mendorong pembentukan tulang yang sihat
Bacaan buah pinggang normal seperti tahap kreatinin 0.6-1.1 mg/dL untuk wanita dan 0.7-1.3 mg/dL, eGFR lebih daripada 90 mL/min/1.73 m2 albumin 0-8 mg/dL, nisbah albumin ke kreatinin kurang daripada 30 mg/g dan urea nitrogen dalam darah (BUN) sebanyak 7-20 mg/dL.