
akmal_agger
4 tahun
Saya takut dan risau dengan covid19
Baru ni di pasar segar bentong ada seorang pekerja nya disah kan covid… Pada 7.5m2020…sebelum tu 6.5 2020 sy ada ke pasar segar tersebut. Tapi saya memakai mask muka dan selepas pergi ke pasar tersebut saya masuk kereta sy memakai hanf sanitizier. Tetapi saya sekarang ragu2, sama ada perlu ke saya disaring, kerana saya tidak berapa ingat pekerja mana yang memotong ikan utk saya pada ari tersebut. Saya tidak cam kerana saya tidak pandang sgt muka org memotong ikan tersebut… Tapi saya ada la bercakap dgn org yg memotong ikan tapi jarak saya agk jauh la… Sekarang perlu ke saya di saring kerana wakil dari pasar tersebut memberitahu pekerja sah covid tu ada memotong ikan dan ayam pada ari tersebut. Saya sangat risau kerana saya ada anak3 kecil. Saya kerap cirit birit dan tekak saya macam tidak selesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Menurut laporan WHO, berikut merupakan gejala lazim bagi jangkitan coronavirus ini:
Demam (lebih dari 37.5 celcius)
Batuk
Sesak nafas
Sakit badan
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda mengawasi gejala. Sekiranya ia berlanjutan atau semakin parah, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. ANda boleh menjalaankan ujian saringan COVID-19 di hospital yang tersenarai di sini Designated Hospital for COVID-19
Selain itu, teruskan dalam mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini