
Sulit
4 tahun
Tompok hitam pada hujung mulut
Saya nak tanya… Apa nama penyakit bila terdapat tompokkan hitam di hujung mulut dikedua² belah kanan dan kiri??.. Sebab saya mengalami penyakit ini dah lama… Tapi tak hilang² tompokkan hitam ni… Sekarang saya sering merasa gatal² pada tompokkan hitam ni… Permulaannya sebelum terjadi tompokkan hitam nie terjadi gatal dan luka pada hujung mulut saya… Sampai sekarang tompokkan hitam nie ada pada saya. Dah setahun lebih… Sekarang ada rasa gatal pada tompokkan hitam ni dan menjadi semakin teruk tompokkan hitam nie… Bahaya tak penyakit nie? Apakah rawatan / ubat yang perlu saya buat dan makan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan yang anda alami.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut:
- Jangkitan pada mulut (bakteria, virus atau kulat)
- Sindrom Peutz-Jaegher
- Alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah pendapat kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu diperiksa oleh doktor untuk menngetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk khidmat konsultasi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.