Sulit
3 tahun
2 bulan kebas tak hilang
hi, saya wanita dlm 20 an saya mengalami kebas pada sebahagian jari kiri hampir 2 bulan dan cuma bahagian bahu kiri sahaja sakit. saya sudah pergi ke klinik doktor sarankn utk saya pakai thumb support tp hasilnya masih tiada , adakah saya perlu menjalani pembedahan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Saya fahami kebimbangan dan kerisauan anda pada masa ini tentang masalah kebas yang dialami oleh anda. Untuk masalah kebas bahagian tangan ataupun jari, ia boleh berpunca daripada perkara berikut:
- kecederaan pada brachial plexus
- carpal tunnel sydrome
- kekurangan vitamin b12
- diabetic neuropathy
- ganglion cyst
- strok
- penyakit autoimun
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Kebas yang berpanjangan
- Loya dan muntah
- Sakit dada
- Sakit tangan
- Hilang/gugur bulu di bahagian tangan
- Kekejangan
- Badan tidak boleh seimbang
- Penat dan lesu
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.