Sulit
5 bulan
Apa perbezaan vaksin Dengvaxia dan vaksin Qdenga?
Hi nak tanya. Apakah perbezaan Vaksin Dengvaxia dan Vaksin Qdenga?
4 bulan
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Vaksin dengvaxia sesuai diberikan kepada individu berusia 9 hingga 16 tahun dan suntikan vaksin akan dilakukan sebanyak tiga kali dengan selang masa enam bulan sekali. Vaksin ini diberikan kepada mereka yang pernah dijangkiti denggi sebelum ini. Vaksin Dengvaxia juga tidak mendapat kelulusan penggunaannya untuk mengawal demam denggi di Malaysia.
Bagi vaksin Qdenga pula adalah pilihan yang lebih baik untuk pencegahan denggi. Ia boleh diberikan kepada individu berusia 4 tahun ke atas dan suntikan vaksin diberikan dua kali dengan selang masa tiga bulan sekali. Vaksin Qdenga sesuai untuk mereka yang sebelum ini tidak pernah dijangkiti denggi atau pernah dijangkiti. Selain itu, hanya vaksin denggi Qdenga sahaja yang mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk digunakan bagi mengawal penularan virus denggi di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai vaksinasi dan kesan sampingan yang mungkin berlaku, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian.
Terima kasih dan semoga ini menjawab pertanyaan anda.