
Sulit
5 tahun
4 ketulan membengkak di bahagian perut bawah pusat
Ayah saya berusia 65 tahun, mengadu tidak boleh membuang air besar seperti kebiasaannya setiap hari. Hanya angin yang keluar dan sedikit sahaja najis dan ianya berlarutan sehingga sekarang. Pada masa yg sama ayah saya mengalami kebas-kebas di bahagian punggung sehingga sukar untuk duduk lama di atas kerusi. Masalah berlarutan apabila sekarang kedua-dua belah kaki ayah sy mengalami bengkak dan kebas serta wujud 4 ketulan membengkak di bahagian perut bawah pusat. Terkini ayah saya mengadu tiada lagi rasa ingin membuang air kecil, dan terpaksa menggunakan pampers pakai buang, serta ada benjolan pada testis. Mohon nasihat doktor memandangkan ayah sy di kampung sukar ke hospital pada musim PKP ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada perut yang ayah anda alami boleh disebabkan:
- Hernia
- Sista (cyst) - seperti “sebaceous cyst”
- Jangkitan kuman serta nanah
- Benjolan akibat kanser perut - jika hilang berat badan tanpa sengaja, lemah badan
- Gumpalan tisu lemak (lipoma)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.