
Anonymous
5 tahun
6hari setelah cabut gigi masih sakit
Saya wanita berumur 24tahun.pada hari tu sya pergi ke klinik gigi sebab gigi saya berlubang dan sakit.dan susah sya nak makan.setelah di periksa boleh doctor gigi.doktor gigi mberitahu gigi saya tu perlu di cabut… setelah selesai di cabut.setelah ubat kebas@bius dh hbis.gigi atau mulut sya smkin sakit smpai xboleh mkan.bubur nasi pun sya xdpt mkn.smpai da
2 ulser dekat tempat gigi yg kena cabut.smpai gigi yg lain pun ikut sakit.nyilu n bdenyut² smpai badan panas…tp tak panas sgt.on off kdg² kepala pndai bdenyut²…smpai hari ke 4 setelah di cabut pun msh sakit…sya dh lama tidal periksa gigi…cuma zaman sekolah rendah je.da kah sakit nya itu biasa…smpai sya tak dpt mkn…mkn pn slow.tu pun kdg² kalau tsentuh tempat cabut atau bahagian kena cabut tu.sakit… kdg² pndai bbau.wlaupun dh bkumur air garam n berus gigi…apa yang perlu sya buat untuk sembuhkan kesakitan itu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan pada bahagian gusi anda boleh disebabkan luka yang tidak sembuh, jangkitan pada luka ataupun jangkitan pada gigi sihat yang lain (gingivitis). Untuk mengatasi masalah ini, selain berkumur air garam, anda juga boleh ambil ubat tahan sakit. Bagi mengenalpasti ubat yang bersesuaian maklumat tambahan diperlukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan @ untuk berhubung dengan farmasi kami ataupun link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mengenalpasti punca kesakitan yang anda alami. Sekian.