sabrinazain90
4 tahun
Abdomen bahagian kiri dan kanan sakit
saya wanita berumur 20 tahun…saya sering mengalami sakit di bahagian abdomen …kadang² sakit sebelah kiri dan kadang² sakit di sebelah kanan.saya merupakan peminat air masak jadi saya sangat mengamalkan banyak minum air masak paling banyak 3L sehari dan tidak minum air manis.kencing saya juga bersih dan pencernaan saya okay.tapi mengapa bahagian abdomen saye sering sakit?saya pernah ke klinik untuk memeriksa sakit tersebut tetapi doktor hanya memberikan antibiotik.sakit tersebut datang tanpa saya sangka…kadang okay kadang tidak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.