Sulit
2 tahun
Abortion Kantung Kosong
Saya umur 21 & baru berkahwin 4 bulan. Saya dah nak masuk 3 bulan tak period. Jadi Minggu lepas saya ada test pregnancy kat rumah & positive. So hari yg sama saya pergi klinik utk sahkan, tapi bila scan doktor ckp saya pregnant tapi kantung kosong. Doktor kata kena vacuum untuk bersihkan rahim. Tapi disebabkan kerja, saya tak dapat nak cuti dalam masa terdekat ni. Saya nak tanya adakah berbahaya kalau kantung kosong ni dibiarkan? Adakan kantung kosong ni kena keluarkan secepat mungkin? saya nak tanya jugak procedure cuci rahim macam mana dan penjagaan selepas cuci rahim tu adakah kena berpantang macam orang bersalin? Sebab pekerjaan saya agak lasak, kena banyak berjalan dan bergerak. Boleh tahu jugak tak mana klinik swasta yg boleh cuci rahim?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kantung kosong boleh disebabkan oleh perkara-perkara yang berikut :
- Keguguran
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Masalah ‘chromosome’ bayi
Saya menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar ibu dan anak supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Saya berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.