Anonymous
5 tahun
Acid folic untuk lelaki
Selamat pagi doc…
Selalunya acid folic dikaitankan dgn wanita hamil atau yg tgah merancang kehamilan… Adakah lelaki/suami boleh mengamalkan acid folic? Adakah acid folic yg sama sperti wanita?
Terima kasih doktor
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pengambilan asid folik bukan sahaja untuk kaum wanita, kaum lelaki mengambilnya atas sebab tertentu seperti:
- Penyakit buah pinggang
- Kekurangan kadar Folate dalam darah
- Kadar “Homocysteine” yang tinggi
- Mengurangkan kesan sampingan daripada pengambilan ubat Methotrexate
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























