Sulit

22 bulan

Kesan-kesan sampingan antipsikotik

Selamat pagi, doktor. Saya umur 23 tahun dan saya menghidap penyakit skizofrenia. Doktor telah menukar ubat untuk merawat skizofrenia saya sebanyak 3 kali iaitu dari Olanzapine kepada Risperidone dan dari Risperidone ke Amisulpride atas alasan doktor keberkesanan ubat yang kurang. Sekiranya doktor menilai saya pada tarikh temujanji seterusnya dan mendapati bahawa Amisulpride kurang berkesan, contohnya lah, doktor mungkin akan meningkatkan dos saya kepada lebih tinggi atau menukar ubat ke ubat antipsikotik atipikal yang lain contohnya Clozapine, Quetiapine, Ziprasidone, Aripiprazole dan Paliperidone. Saya dengar Clozapine boleh menyebabkan saya sawan dan kena ambil darah setiap 18 minggu. Benarkah? Saya bimbang akan kesan-kesan sampingan ubat tersebut. Apakah kesan-kesan sampingan ubat Clozapine, Ziprasidone, Aripiprazole dan Paliperidone?

Dr Ramzdhan,

22 bulan

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, Clozapine boleh menyebabkan rasa mengantuk, gangguan penglihatan, sawan, kesukaran berfikir atau mengawal pergerakan badan, yang boleh mengakibatkan jatuh, patah tulang dan kecederaan lain.

Ziprasidone boleh menyebabkan rasa mengantuk, pening, lemah, loya, muntah, hidung berair dan batuk. Aripriprazole pula boleh menyebabkan vertigo, pening, mengantuk, loya, muntah, keletihan, peningkatan air liur, penglihatan terjejas, penambahan berat badan, sembelit, sakit kepala dan sukar tidur.

Paliperidone boleh menyebabkan rasa mengantuk, pening, terliur, sakit perut, penambahan berat badan atau keletihan. Sakit kepala dan vertigo boleh meningkatkan risiko jatuh. Apabila bangkit dari postur duduk atau tidur, bangkit perlahan-lahan.

Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

AdobeStock_449674086

AdobeStock_251510109

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)