aiedahb
5 tahun
Ada contact dengan orang yang terdedah dengan pesakit Covid-19 (sedang kuarantin diri)
Hi… Pada 16/03 lalu, saya ada indirect contact dengan officemate yang pergi ke tabligh di Sri Petaling, selepas itu, majikan terus arahkan kami balik dan kuarantin diri… Setakat ni saya belum ada simptom covid-19, cuma kadang2 ada gatal2 tekak. Jadi patut ke saya buat saringan untuk covid-19? Dan adakah saya perlukan MC atau pun tidak sepanjang saya kuarantin sebagai bukti untuk majikan? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Oleh kerana anda tiada kontak rapat dengan sesiapa yang disahkan positif untuk COVID-19, kuarantin sebenarnya tidak diwajibkan. Tekak gatal boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan selsema berulang (hal ini kerana terdapat pelbagai jenis virus selesema yang mungkin menjangkiti anak puan dan setiap jenis virus selesema boleh menunjukan gejala yang serupa)
- Radang tekak (“Pharyngitis” juga boleh disebabkan jangkitan virus seperti adenovirus, enterovirus)
- Radang tonsil (“Tonsilitis”)
- Bronkitis akut (boleh disebabkan udara panas, asap dan jangkitan kuman)
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Oleh kerana majikan anda yang memberi arahan untuk kuarantin, perkara ini harus dibincangkan dengan majikan atau HR anda.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































