Sulit
2 tahun
Ada ketulan payudara di sebelah kiri
Saya wanita berumur 31tahun saya rasa risau dan bimbang dengan kesihatan saya selepas menerima vaksin Pfizer dos1 pada 21/08/2021…pada hari 27/08/2021 saya mula perasan ada ketulan di payudara saya sebelah kiri adaka itu kanser?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami ingin mengucapkan tahniah atas vaksinasi anda.
Selepas menerima vaksin COVID-19, anda harus melaporkan diri kepada doktor jika anda mengalami kesan sampingan vaksin seperti:
- Sukar untuk bernafas
- Jantung berdegup laju
- Bahagian suntikan menjadi bengkak
- Bengkak pada muka, bibir atau tekak
- Pembentukan ruam di seluruh badan
- Rasa pening
Walaubagaimanapun, benjolan di payudara anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- fibroadenoma
- gangguan kelenjar
- gangguan saluran limfa
Justeru anda disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP bagi menilai sendiri benjolan benjolan tersebut sebelum ke klinik. Namun kami tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat sekiranya gejala berterusan atau bertambah sering. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
* kista payudara
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini