Sulit
3 tahun
Adakah anak saya trkna jgkitan covid
Anak saya berumur 2 tahun.
Dua mnggu lepas dia ada selsema . .dia dah ok dalam masa seminggu.lepas tu hari nindia terkena selsema lagi. Sya dan anak saya tida kluar kemana2 .anak pun tidak pernah ikut keluar .adakah ank sya trkna jangkitan.?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda terhadap keadaan anak anda terutama pada musim pandemik COVID-19 ini. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anak anda mengalami masalah sedemikian, antaranya:
- Radang sinus (sinusitis)
- Reaksi alahan terhadap debu, bulu haiwan atau asap rokok; anak anda akan menunjukkan gejala seperti selsema dan sukar bernafas apabila didedahkan dengan bahan-bahan yang disebutkan
- Jangkitan bakteria atau virus pada saluran pernafasan
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anak anda mempunyai masalah sedemikian. Jika anda masih risau tentang keadaan anak anda, kami nasihatkan agar anda membawanya berjumpa dengan doktor.
Memandangkan anda menyatakan anak anda dan anda sendiri tidak keluar dari rumah, risiko untuk anda dan anak anda dijangkiti adalah rendah.
Mengenai COVID-19:
Untuk makluman, gejala jangkitan akan timbul dalam jangka masa 14 hari dan anda harus segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan ujian pengesahan jika anda menunjukkan simptom.
Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/ atau menghubungi doktor di (DoctorOnCall) kami untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai keadaan anak anda.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini