
Sulit
4 tahun
Adakah bekas pesakit tiroid berpotensi untuk mengalami penyakit itu kembali setelah sembuh sekitar 15 tahun yang lalu
Saya wanita berumur 37 tahun. Pernah menghidap penyakit tiroid sekitar tahun 2003-2005 dan mengawalnya dengan pengambilan ubat. Adakah sy berisiko utk mendapat penyakit itu kembali kerana simptom2 yang dialami sekarang sama seperti dahulu seperti jantung berdegup dengan laju, tangan menggeletar, selalu berasa cemas dan sakit bahagian tulang belakang badan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda mengenai kedatangan semula penyakit tiroid tersebut.
Untuk maklumat anda, walaupun anda pernah mengalami penyakit tiroid sebelum ini dan sudah sembuh. Masih terdapat risiko untuk seseorang itu mendapat semula masalah tiroid tersebut. Kami sarankan anda agar berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk membuat pemeriksaan lanjut dan melihat fungsi kelenjar tiroid anda supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jika anda masih mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.