Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah berak berdarah bahaya

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Februari 25, 2020 2:22 AM

Sulit 3 bulan

Jika seseorang itu mengalami najis berdarah namun bila diperiksa tekanan darah dan telah buat ujian darah semuanya normal ,apa punca najis berdarah tapi keadaan darah normal? Apakah sebenarnya penyakit yang sedang dialaminya ? Adakah ini bahaya atau tidak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak penyebab kepada najis berdarah. Antaranya:

  • Buasir

  • Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap

  • Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus

  • Rectal ulser

  • Masalah pendarahan

  • Pengambilan ubat seperti suplemen iron

  • Kanser usus

Berikut hanyalah jawapan am kepada soalan yang diajukan kerana berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak pasti ujian darah apa yang telah dilakukan serta maksud ‘semunya normal’ kerana maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.

Namun begitu masalah ini tidak seharusnya diambil remeh terutamanya jika terdapat simptom lain seperti:

  • Kelihatan pucat, sesak nafas, pening kepala
  • Kehilangan berat badan secara mendadak

Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Feb 25 2020 02:22:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Mengalami masalah najis berdarah ketika membuang air besar Saya wanita berusia 20 tahun…Saya mengalami masalah ketika membuang najis…najis Saya mempunyai darah…adakah Saya mempunyai masalah yg serious…Saya kurang minum air Dan selalu minum minuman sejuk… Baca lagi...
55 hari
Sulit
Sembelit tahi lembik Hai . Saya berusia 23 tahun . Sekarang saya sedang mengandung . Sebelum kahwin saya memang selalu mengalami sembelit sukar membuang air beras tahi kera s. Dan skarang masih sama . Cuma najis say… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Masalah Sembelit kanak2 Anak saya kersembelit Dan membuang Lebih kurang Seminggu sekali Baca lagi...
17 hari
Sulit
Saya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah Hi doktor! Saya nak bertanya baru-baru ini saya ada cirit-birit dan muntah muntah. Dan saya nak bertanya kenapa perut saya berasa begitu kejang macam gastrik dan saya hampir berfikiran itu adala… Baca lagi...
19 hari
Sulit
Buang air besar ada cacing kt najis saya 18 thn . sy tengah period skrg . masa mandi , sy ingin membuang air besar . sy nampak cacing pada najis Baca lagi...
51 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi