farazee235
4 tahun
Adakah berkenaan dengan kolestrol?
Hi doctor . saya fara berumur 26 tahun dan masuh bujang. saya dapati sejak beberapa minggu ni saya mengalami sesak dada di mana saya rasa dada saya kerap berasa sempit sukar untuk bernafas dengan baik . kebiasaanya akan berlaku setiap pagi selepas sejam saya bersarapan … kemudian sebelah petang selepas saya siap masak . jantung selalu terasa laju . kepala jadi berpinar macam nak pitam. sakit kepala atau migrain sebelah kiri dan mengalami denyutan yang sangat kuat. berat badan juga semakin turun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk masalah jantung terasa laju ianya boleh disebabkan oleh:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
- Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.