Sulit

2 tahun

Tonsilitis atau asma

Sy berumur 34tahun, mempunyai tonsilitis sejak kecil lagi. Sejarah tonsilitis saya memang panjang dan kerap jadi sebulan sekali. Cuma setelah berpindah ke rumah baru pada umur 32, lebih sejuk dan selesa, (saya perasan tonsilitis saya datang bila cuaca sangat panas terik kering, dan tidak cukup rehat) masalah tonsilitis saya sudah berkurang kepada setahun hanya sekali.
Tetapi bermula dengan tahun lepas 2020,musim PKP, rumah kami diserang teruk oleh pepijat, dibawa punca daripada rumah saudara yang kami tumpang tidur hari sebelumnya. Bermula daripada situ, tonsilitis sy teruk, dan saya perasan saya mula alami asma, sebab saya dapat rasakan perbezaan selama saya terkena tonsilitis belum pernah lagi makin banyak kahak, makin saya cuba buang kahak tu, makin sempit dada, kadang-kadang terasa seperti tidak boleh bernafas langsung. Berbeza dengan ketika saya alami tonsilitis, ada kahak maka saya akan batuk dan buang seperti biasa, tidak rasa semput dan tidak dapat bernafas seperti asma.
Saya tidak pernah alami asma, jadi saya pelik dan saya tak tahu apa asma tu. Bila sy bertenang, lama-lama tu semput tu hilang sendiri setelah saya rehat dan tidur. Jadi saya rasa saya alah terhadap kulit mati yang disalin pepijat, sebab ketika kemas rumah memang teruk saya semput tu. Semput tu hanya berhenti bila kami selesai dengan kes pepijat. Saya jadi musykil untuk berjumpa doktor sebab tonsilitis saya dan semput saya tu dah takde pada masa tu.
Tapi baru-baru ini saya alami lagi. Ini yang menguatkan saya rasa yang saya terkena asma. Saya Google dan cari, memang benar asma sebab mucus terbentuk dan pernafasan rasa sangat sempit. Cuma saya tidak tahu, apakah perlu saya berjumpa doktor, dan apa yang perlu ditanya, kerana asma saya akan hilang sendiri bila saya bertenang, rehat dan tidur. Saya sendiri confuse. Dia datang dalam beberapa minit, hilang selepas beberapa minit bertenang.
So soalan saya, adakah asma saya disebabkan oleh stress? perlukah datang jumpa doktor, untuk pastikan saya ada asma? Dan tahap mana asma saya tu. Teruk atau tidak. Boleh ke doktor kenalpasti punca asma saya tu.
Saya ada baca, asma yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah pada paru-paru?

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang khuatir sekiranya menghidapi penyakit asma. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.

Untuk makluman anda, asma adalah penyakit paru-paru yang disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan. Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas. Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Keradangan menyebabkan lapisan mukosa membengkak, lebih banyak mukus dihasilkan untuk bertindak sebagai palam mukus dan otot mengecut yang dikenali sebagai bronkospasma. Ini menyebabkan lumen saluran pernafasan sempit dan sekaligus menyebabkan kesukaran bernafas. Perkara ini juga boleh disebabkan keradangan tonsil yang akan membengkak, merah dan kebiasaannya terdapat tompok – tompok putih di atasnya. Keradangan tonsil juga boleh mengakibatkan saluran pernafasan menjadi sempit sehingga mengakibatkan simptom-simptom seperti asma.

Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.

Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

etty-fidele-nWdhpUrXxYY-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)