Sulit
4 tahun
Adakah boleh cucuk vaksin astrazeneca bagi individu yang merancang hamil?
saya berusia 27 tahun dan baru berkahwin pada bulan mac 2021…saya ade merancang untuk hamil tetapi semasa temujanji vaksin sebentar td doktor menjelaskan saya dibenarkan untuk cucuk vaksin astrazeneca untuk individu yang merancang hamil…tetapi apabila di goole ade yang mengatakan vaksin astrazeneca tidak boleh diambil bagi individu yang merancang hamil…boleh bagi pencerahan tak doktor sama ada vaksin astrazeneca sesuai atau tidak bagi individu yang merancang hamil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Untuk makluman anda, berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wanita mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun perlu mendapatkan nasihat pakar atau doktor masing-masing. Perkara ini penting bagi menentukan keperluan mengambil vaksin COVID-19 terutamanya bagi kakitangan kesihatan, bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Buat masa ini, belum ada data tersedia mengenai pemberian vaksin kepada wanita mengandung. Para pengkaji masih dalam proses meneliti faktor keselamatan, toleransi, dan imunogenik dalam kajian yang dijalankan terhadap wanita yang hamil.
Walaupun tidak dinafikan golongan ini memerlukan vaksin disebabkan mereka mempunyai risiko yang tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerana data yang tidak mencukupi, pemberian vaksin COVID-19 kepada ibu mengandung (lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada pada minggu ke 14-33 kehamilan) adalah tidak disyorkan buat masa ini. Namun perkara ini terkecuali sekiranya wanita mengandung tersebut mempunyai risiko menjadi rentan, misalnya seorang petugas barisan hadapan. Vaksinasi dapat dipertimbangkan atas kebenaran dan nasihat pakar.
Namun pengambilan pil perancang tidak menjadi halangan bagi mereka yang ingin turut serta mendapatkan vaksin COVID-19.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. Klik di sini untuk bercakap dengan doktor. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























