Sulit
4 tahun
Adakah brand tertentu untuk pengambilan supplement omega 3 tu. Sekiranya 1000mg betulkah pengambilannya sebiji sehari selepas makan?
Tidak ada masalah kesihatan hanya cuma ingin jadikan amalan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengmabilan makanan tambahan, ia berbeza bergantung kepada jenis dan jenama makanan tambahan yang anda ambil. Kebiasaannya, arahan dan dos akan diberikan sekali dnegan produk tersebut sama ada di botol, kotak atauk ada kertas berasingan. Oleh itu, saya sarankan untuk anda bertanya dengan farmasi atau penjual produk tersebut ketika anda membeli.
Selain itu, kami tidak boleh menyarankan kepada anda mana-mana jenama ubat tambahan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum anda mengambil makanan tambahan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.